Unit Hal Ehwal Kokurikulum Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak merupakan sebuah unit yang diwujudkan secara umumnya sebagai suatu unit yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan semua hal ehwal yang berkaitan dengan kegiatan ko-kurikulum pelajar. Tanggungjawab tersebut termasuklah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum, program pertandingan dan rekreasi/riadah pelajar.

Unit ini diketuai dan ditadbir urus oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum dan ahli jawatankuasa yang dilantik. Berikut adalah merupakan bidang tugas bahagian ini.

Menyelaras dan menyelia semua aktiviti kokurikulum MRSM seperti:-

  1. Kelab/Persatuan
  2. Sukan/Permainan
  3. Badan Beruniform
  4. PUM
  5. Koperasi

     

Menyelaras dan menyusun atur semua program pertandingan mengikut takwim:-

  1. MRSM
  2. MSSM
  3. Daerah/Negeri/Kebangsaan

     

Menyelaras dan memantau semua program rekreasi/riadah seperti berikut:-

  1. Perkhemahan
  2. Kem-kem cuti/kokurikulum/motivasi
  3. Temasya Sukan Tahunan
  4. Kejohanan Olahraga
  5. Sukan Muhibah

     

Memastikan keperluan kokurikulum pelajar seperti:-

  1. Kemudahan/peralatan aktiviti
  2. Pendaftaran Kokurikulum Pelajar
  3. Program latihan yang diperlukan untuk pelajar yang berbakat
  4. Syarat graduasi MRSM
  5. Markah 10% kokurikulum IPTA

     

Mengagihkan dan mengawal selia penggunaan peruntukan yang disediakan mengikut keperluan aktivti kokurikulum.

Membantu dalam urusan pentadbiran maktab mengikut arahan pengetua dari masa ke semasa.