Kelas - Bilangan kelas untuk setiap tingkatan (Tingkatan 1 - Tingkatan 5) masing-masing sebanyak 5 kelas (A-E). Maksimum pelajar untuk setiap kelas adalah seramai 30 orang. Setiap kelas juga dibekalkan dengan papan putih, papan kenyataan dan rak buku pelajar.

Pusat Sumber Pembelajaran - Dilengkapi dengan buku-buku pelajaran dan pembelajaran, komputer, internet.

Dewan Besar - Dilengkapi dengan LCD projektor, pull-down screen, sistem pembesar suara, TV, internet.

Makmal Komputer - Terdapat 3 buah makmal komputer yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 buah komputer. Setiap makmal komputer juga dilengkapi dengan LCD projektor, pull-down screen, papan putih dan papan kenyataan.

Makmal Sains - Dilengkapi dengan komputer, papan putih, papan kenyataan, TV, internet dan alatan sains yang mencukupi.

Bilik Seminar - Terdapat 3 buah bilik seminar berhawa dingin dimana setiap bilik seminar boleh memuatkan seramai 30 - 150 orang pelajar dalam satu masa. Setiap bilik seminar dibekalkan dengan LCD projektor, skrin layar, papan putih, TV, internet, sistem pembesar suara, meja dan kerusi.

Bilik Tayangan - Terdapat 2 buah bilik tayangan yang berhawa dingin dimana boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar dalam satu masa. Setiap bilik tayangan dibekalkan dengan LCD projektor, pull-down screen, papan putih, TV, komputer, internet, VCD player, radio, OHP dan kerusi.

Bilik Aktiviti - Digunakan untuk mengadakan kelas bimbingan kepada sebahagian kecil pelajar sahaja.

Bilik Senireka - Dilengkapi dengan peralatan senireka dan hasil kerja kreatif pelajar.

Bengkel Kemahiran Hidup - Dilengkapi dengan peralatan pertukangan, memasak dan menjahit.